the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Boikot: Tujuh kes conteng restoran makanan segera di rekodkan di Selangor

SEPANG:SEPANG, 31 Mei (Bernama) — Polis Selangor menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera dicoteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei hingga semalam, dipercayai sebagai tanda boikot berhubung isu Palestin-Israel.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata empat kes berlaku di Sungai Buloh, satu di Kajang dan dua di Petaling Jaya.

“Di Sungai Buloh dan Petaling Jaya, suspek telah menconteng premis dengan perkataan jelik manakala di Kajang pula premis ditampal bendera Israel,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini sepasang suami isteri telah ditahan kerana dipercayai menampal bendera Israel di Kajang semalam.

“Pasangan ini ditahan awal pagi tadi dan polis merampas baju serta kenderaan digunakan ketika menampal bendera itu,” katanya menambah bahawa mereka kini direman selama sehari hari ini.

Hussien berkata pihaknya akan menyiasat sama ada pasangan terbabit mempunyai kaitan dengan beberapa kes di negeri ini.

“Setakat ini, coraknya berbeza kerana kes lain ada contengan atau semburan cat tetapi mereka ini menampal bendera,” katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Polis memandang serius kes-kes ini dan mengingatkan masyarakat agar tidak melakukan tindakan yang membelakangkan undang-undang negara, tambah beliau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings