the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN P. Pinang tahan lelaki beli petrol untuk seludup ke negara jiran

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi yang kini beralih kepada petrol, dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Sungai Rambai, di sini hari ini.

Pengarah berkenaan S. Jegan berkata kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan penguat kuasa KPDN negeri menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang sedang mengisi minyak ke sebuah lori kira-kira pukul 5 pagi hari ini.

“Pemeriksaan dalam lori itu menemui sebuah motor pam dan hos paip dalam keadaan bersambung yang disyaki membuat pemindahan minyak petrol dari pam terus ke dalam tangki IBC di situ, malah lelaki tersebut juga gagal mengemukakan sebarang dokumen lesen atau permit bagi penyimpanan barang kawalan tersebut.

“Berikutan itu, pihak kami merampas 700 liter petrol bernilai RM1,435 yang terdapat dalam tangki IBC, sebuah lori, enam unit tangki IBC, satu set motor pam serta paip yang kesemuanya bernilai RM23,135,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu bekerja dengan sindiket penyelewengan minyak bersubsidi dan terlibat membeli petrol sejak tiga minggu lepas dengan bahan api tersebut akan diseludup keluar untuk pasaran di negara jiran.

Jegan berkata sebelum ini lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu membeli diesel untuk sindiket tersebut namun sejak pelarasan subsidi dia telah beralih membeli petrol di sekitar Bukit Mertajam sebelum dihantar kepada sindiket untuk dibawa ke negeri jiran.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu di siasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 112] bagi mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan ini serta rantaian pengedaran bahan api tersebut.

KPDN Pulau Pinang sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan di negeri ini bagi mengekang ketirisan melalui aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi serta terus komited menggerakkan tindakan penguatkuasaan khususnya melibatkan penyelewengan barang kawalan dan diesel bersubsidi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings