the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih sepenuhnya

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Dis lepas kini pulih sepenuhnya.

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di negeri itu iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di daerah Kuala Nerus yang menempatkan enam mangsa ditutup pada 2 petang ini.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai iaitu dalam lingkungan lima kilometer (km) di Terengganu bermula 2 pagi Ahad (24 Dis) hingga 2 pagi Selasa (26 Dis).

Bagaimanapun, hujan lebat pada Sabtu (23 Dis) memaksa PPS pertama dibuka lebih awal iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat di Dungun pada 9.30 malam dengan 21 mangsa mula dipindahkan ke situ.

Marang seterusnya menjadi daerah kedua dilanda banjir pada hari sama (Sabtu) apabila 12 orang daripada tiga keluarga terpaksa mencari perlindungan di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai yang dibuka pukul 10 malam.

Episod hujan lebat yang berterusan menyaksikan satu demi satu daerah di Terengganu mula menerima tempias musibah itu dan Kuala Terengganu menjadi penggenap lapan daerah di negeri berkenaan dilanda banjir iaitu pada Selasa (26 Dis).

Bilangan mangsa banjir tertinggi juga dicatatkan pada 26 Dis iaitu 10,643 orang daripada 2,913 keluarga yang berlindung di 134 PPS.

Banjir itu juga mengejutkan ramai pihak apabila gugusan Felda Rasau Kerteh di Ketengah Jaya, Dungun dilanda bencana berkenaan buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun yang menyebabkan 260 mangsa dipindahkan ke PPS.

Setelah beberapa hari menyaksikan pertambahan angka mangsa banjir, gelombang ketiga bah di Terengganu mula menunjukkan tanda-tanda pengurangan pada Rabu (27 Dis) apabila bilangan mangsa yang direkodkan JPBNT berada di bawah 10,000 orang.

Mulai Khamis (28 Dis), Besut menjadi daerah pertama pulih daripada banjir apabila kesemua PPS di daerah itu ditutup, diikuti Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Nerus pada hari ini.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings