the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAS siasat punca kematian ikan di Sungai ketil, sampel air dihantar ke Jabatan Kimia

GUA MUSANG: Sampel air Sungai Ketil dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi di sini yang didakwa telah tercemar sehingga mengakibatkan kematian ratusan ikan baru-baru ini telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Wan Aminordin Wan Kamarudin berkata arahan pemantauan harian di sungai berkenaan juga dikeluarkan serta-merta bagi memastikan tiada kes berulang.

“Memang aduan telah kita terima berhubung kejadian yang berlaku di Sungai Ketil dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi dan JAS mengambil berat hal ini.

“Sebelum ini aduan air hitam dan telah diselesaikan, namun sekarang aduan kes ikan mati. Insya-Allah JAS akan buat yang terbaik,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan penduduk di Taman Wangi terkejut apabila bangkai ratusan ikan timbul di permukaan Sungai Ketil, yang turut menjadi sumber air terawat untuk kegunaan penduduk di sekitar bandar Gua Musang.

Penduduk, Mat Hussin Daud, 68, berkata dia mengumpulkan ikan-ikan yang terapung itu ke dalam baldi seperti ikan kelah serta baung dan berasa sangat terkilan dengan kejadian ini kerana merosakkan ekosistem sungai -BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings