the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Beberapa jalan ditutup sempena sambutan ambang tahun baru, pelancaran TMM2024

MELAKA: Beberapa jalan akan ditutup di sekitar Bandar Melaka dan lencongan laluan trafik dilaksanakan bersempena dengan sambutan Ambang Tahun Baharu dan Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bermula esok.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata penutupan jalan itu bermula pada 6 pagi esok hingga pukul 7 pagi 1 Jan 2024.

“Penutupan jalan ini membabitkan Jalan Tun Mutahir yang ditutup sepanjang jalan, Jalan Hang Tuah iaitu bermula dari simpang Bangunan Maybank sehingga persimpangan lampu isyarat Pengkalan Rama.

“Persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ali masih boleh dilalui dan aliran trafik hanya dihalakan ke Jalan Tun Mamat, Jalan Graha Maju dan Jambatan Jalan Persisiran Bunga Raya (The Shore),“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Christopher berkata pengunjung boleh merancang untuk meletakkan kenderaan di lapan kawasan parkir antaranya Medan Selera Tun Ali, sepanjang Jalan Graha Maju dan Jalan Tun Mamat serta lain-lain kawasan berdekatan.

Beliau berkata orang ramai yang mahu berkunjung ke program itu juga boleh menggunakan perkhidmatan bas percuma Panorama yang disediakan di Jalan Lagenda bermula pukul 6 petang 31 Dis hingga 1 pagi 1 Jan 2024.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menggerakkan sebanyak 207 petugas sepanjang berlangsungnya program bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sambutan berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan atau keluar lebih awal ke destinasi supaya tidak tersekat semasa penutupan jalan dan pengguna jalan raya disarankan menggunakan jalan alternatif supaya dapat mengurangkan kesesakan dan masa perjalanan,“ katanya.

Dalam pada itu, mengenai penutupan jalan selama 54 jam berikutan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan bermula petang Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad, beliau berkata dua laluan kontra diwujudkan bermula dari simpang Bangunan Madrasah Nurul Ehsan Banda Kaba sehingga simpang Jalan Munshi dan dari lorong Bukit Cina sehingga Jalan Bukit Cina (Simpang Puteri Hang Li Po).

“Lokasi no right turn dilaksanakan di simpang Jalan Melati, Banda Hilir dan pengguna boleh meletakkan kenderaan di 13 lokasi, antaranya parkir Medan Samudera, Plaza Mahkota dan Dataran Pahlawan,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin membuat laporan kemalangan jalan raya, Christopher berkata mereka boleh hadir ke Ibu Pejabat Daerah Melaka Tengah atau ke balai-balai berhampiran seperti Balai Polis Melaka Tengah, Balai Polis Tengkera atau Balai Polis Banda Hilir. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings