the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rwanda akan tanam 2 juta pokok di kawasan kemudahan kesihatan

KIGALI: Kementerian Kesihatan Rwanda pada Ahad mengumumkan kempen penanaman dua juta pokok di dalam dan sekitar kemudahan kesihatan di negara itu.

Menteri Kesihatan Sabin Nsanzimana berkata inisiatif dikenali “hospital hijau” itu bertujuan untuk mengubah kemudahan kesihatan menjadi ruang hijau untuk perlindungan alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan.

Beliau berkata pokok akan ditanam di sekitar 56 hospital, 514 pusat kesihatan dan 1,252 pos kesihatan di seluruh negara, lapor Xinhua.

“Kira-kira 20,000 pokok sudah ditanam di seluruh negara setakat ini dan perjalanan kami masih jauh untuk memenuhi sasaran mencapai dua juta pokok,“ katanya di platform X.

Langkah terbaharu itu juga sejajar dengan usaha kerajaan Rwanda untuk menangani perubahan iklim.

Rwanda komited untuk menanam 63 juta pokok menjelang akhir 2023, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Hasil tindakan yang bermatlamat untuk melindungi hutan sedia ada dan penghutanan semula, lebih daripada 30 peratus kawasan di Rwanda diliputi oleh hutan atau bersamaan 724,695 hektar, menurut data kementerian. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings