the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, tiga hari lepas.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu ke atas Salleh Udoh, 37, dan Abdul Malek Az Zukhruf Fiee, 29, selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Pintu 3 Istana Negara, Sri Hartamas di sini pada 4.40 petang, 17 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 17 Mei.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu iaitu anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pintu 3 Istana Negara didatangi sebuah kereta dinaiki kedua-dua tertuduh yang cuba memasuki istana.

Apabila ditanya tujuan masuk ke istana, kedua-dua tertuduh memberitahu ingin berjumpa Yang di-Pertuan Agong atas urusan akhirat dan pengadu telah membuat panggilan ke pusat kawalan dan petugas ronda sektor kemudian tiba di lokasi kejadian.

Pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan tertuduh dan menjumpai sebilah parang bersarung hitam berukuran 17.5 inci dalam bonet kereta. Kedua-dua tertuduh ditangkap dan siasatan mendapati mereka tiada sebarang urusan yang sah untuk memasuki Istana Negara.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kes pencerobohan yang berlaku.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sementara itu Salleh yang berdepan satu lagi pertuduhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki senjata iaitu parang panjang berkenaan tanpa kebenaran yang sah pada lokasi, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan Salleh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai serta menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings