the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN rampas gutkha tiruan bernilai RM23,270

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 358 bungkus gutkha berjenama tiruan bernilai RM23,270 dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Jalan Aston, di sini semalam.

Gutkha ialah campuran pinang, tembakau dan kapur yang dimakan oleh warga asing.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S.Jegan berkata serbuan bersama wakil pemilik cap dagangan berdaftar barangan berkenaan dilakukan berdasarkan hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lepas berkaitan penjualan produk tiruan itu.

“Pemeriksaan lanjut terhadap premis menemukan 358 bungkus gutkha berjenama Pan Asal, iaitu jenama berkenaan adalah suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah mengikut Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua barangan itu bersama beberapa dokumen lain disita dengan keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM23,270.

Kes katanya, disiasat lanjut mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings