the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga kawal peningkatan kes Covid-19

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (gambar) hari ini menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata Al-Sultan Abdullah turut menasihati rakyat khususnya golongan rentan, warga emas dan yang mempunyai komorbiditi agar mengamalkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup.

Beliau berkata pada masa sama, Yang di-Pertuan Agong menitahkan rakyat agar menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Selain kawalan kendiri itu, individu bergejala disaran mengelakkan 3S iaitu berada di kawasan sesak, sempit dan bersembang (jarak dekat) sebagai langkah pencegahan dan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran jika rakyat lalai atau mengambil sikap sambil lewa, kes Covid-19 akan terus meningkat, tambahan pula ketika ini musim percutian sekolah, yang menyaksikan banyak pergerakan dan perhimpunan orang ramai,“ katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis, memantau rapi kes jangkitan Covid-19 di seluruh negara dan mengeluarkan cadangan serta arahan berkaitan bergantung kepada situasi semasa.

“Rakyat juga disaran supaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini berkenaan kes Covid-19 di negara ini dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya berkata bagi tempoh 10 hingga 16 Dis sebanyak 20,696 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan termasuk memakai pelitup muka di kawasan awam dan tertutup, mengelakkan kawasan sempit dan sesak serta mengambil vaksin Covid-19. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings