the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Singapura tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi sulung

SEPANG: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia hari ini untuk memulakan lawatan kerja dua hari atas komitmen bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau tiba bersama delegasinya dengan menaiki pesawat komersial dan disambut Ketua Protokol Kementerian Luar, Mohd Aini Atan sejurus tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.50 malam ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Sejurus tiba, Wong diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja di bawah pimpinan Kapten Adam Azman.

Lawatan Wong adalah atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga lawatan ke luar negara pertamanya sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei lalu.

Wong ditemani isterinya, Loo Tze Lui, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Negara bagi Perhubungan,Penerangan dan Kesihatan, Rahayu Mahzam.

Lawatan kerja Wong menekankan komitmen bersama Malaysia dan Singapura dalam mengukuhkan hubungan yang telah lama terjalin dan sebagai persediaan bagi sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin yang akan dianjurkan oleh Malaysia akhir tahun ini.

.Dalam lawatan itu, Perdana Menteri Singapura itu dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar untuk membincangkan usaha-usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Wong juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada 2023, Malaysia dan Singapura masing-masing rakan dagang kedua terbesar di peringkat global serta terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM363.13 bilion (AS$ 79.60 bilion).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings