the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jawatan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan Bersatu Oktober ini – Hamzah

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menetapkan jawatan presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti Oktober ini, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada Jumaat, selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 Nov lepas yang sebulat suara memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden parti bagi pemilihan akan datang.

Katanya Bersatu juga kekal mengikut Perlembagaan Parti bagi mempertandingkan jawatan-jawatan lain dan calon yang berhasrat untuk bertanding perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.

“Mesyuarat turut memutuskan tarikh persidangan peringkat cawangan pada 20 Julai hingga 31 Ogos ini dan peringkat Bahagian pada 12 hingga 26 Okt.

“Sementara itu, Perhimpunan Agung Sayap Bersekutu dan Srikandi Muda (28 Nov), Perhimpunan Agung Sayap Armada dan Srikandi (29 Nov) dan Perhimpunan Agung Tahunan (30 Nov hingga 1 Dis),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Hazmah berkata Bersatu turut melantik Datuk Dr Radzi Jidin serta Abdullah Omar Bledram sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Putrajaya dan Ketua Bahagian (Penaja) Labuan yang baharu.

Pada masa sama beliau berkata mesyuarat turut membincangkan status tujuh bekas wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung parti diarah membuat tindakan susulan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings