the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LHDN pastikan penggunaan e-invois pada 1 Julai 2025 direalisasikan

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memastikan hasrat kerajaan untuk memandatorikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 kepada semua peringkat pembayar cukai dapat direalisasikan.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan fasa pertama pelaksanaan e-Invois akan bermula pada 1 Ogos ini melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.

“Fasa kedua pula akan melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM 25 juta hingga RM100 juta,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena sesi dialog Ketua Pegawai LHDN Datuk Dr Abu Tariq bersama 42 persatuan perdagangan Malaysia melibatkan lebih daripada 110 orang ahli-ahli perniagaan di sebuah hotel di sini semalam.

LHDN memaklumkan sesi itu merupakan salah satu agenda utama dalam membuka ruang kepada pihak persatuan dan pihaknya untuk berinteraksi dengan lebih dekat dalam membincangkan kepentingan bersama khususnya perihal percukaian.

“Menyedari peranan penting yang dimainkan oleh pihak persatuan dalam mencorak kepesatan ekonomi menerusi transaksi urus niaga.

“Langkah ini turut bertujuan untuk memastikan daya saing dan kelangsungan perniagaan dalam kalangan ahli berada pada tahap yang kompetitif,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings