the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tubuh Mahkamah Utama Syariah licinkan undang-undang Pahang – Sultan Pahang

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah bagi melicinkan lagi undang-undang syariah di negeri itu.

Baginda bertitah buat masa ini, Pahang mempunyai tiga peringkat undang-undang syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

“Undang-undang Islam dan hukum kanun di Pahang bermula sejak zaman Sultan Pahang ke-12 dan ia diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Pada tahun 2012 kita perkemaskan hukum kanun dan undang-undang syariah, buat pengetahuan delegasi, sistem perundangan di Pahang kita ada tiga peringkat hukum syariah,” titah baginda pada Majlis Penutupan ‘International Conference on Contemporary Education in The Islamic World (ICCEIW)’ di sini hari ini.

Titah baginda itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Al-Sultan Abdullah bertitah cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), untuk tindakan seterusnya.

ICCEIW merupakan persidangan yang julung kali diadakan kerajaan Pahang dengan kerjasama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Yayasan Pahang, MUIP dan Kesatuan Universiti-universiti Islam Sedunia (Rabitah al-Jamiat al-Islamiyyah).

Persidangan selama tiga hari bermula Ahad, disertai 300 peserta dari 22 negara antaranya Indonesia, Brazil, Syria, India, Libya, Tunisia, Kanada dan Arab Saudi.

Persidangan itu yang turut disertai Rektor Universiti Al-Azhar Prof Dr Salamah Daud, bertujuan untuk menyediakan satu dimensi baru perbincangan ilmu dalam bidang-bidang ilmu, terutama bidang pendidikan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings