the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DSA: Korea dan Malaysia teroka kerjasama bidang baharu dalam industri pertahanan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan (DAPA) Korea Mej Jen (B) Seok Jong Gun.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan pertemuan di luar pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NATSEC) Asia 2024, di sini, itu antara lain bagi membincangkan hala tuju industri pertahanan bagi kedua-dua buah negara.

“Kedua-dua mereka bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama bidang baharu dalam industri pertahanan, yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara,” menurut kenyataan kementerian itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Zimbabwe Oppah Chamu Zvipange Munchiguri Kashiri, pada hari kedua pameran DSA dan NATSEC itu.

Kementerian Pertahanan memaklumkan kedua-dua menteri pada pertemuan itu antara lain membincangkan peluang kerjasama yang boleh diterokai di antara kedua negara di masa hadapan.

Pameran DSA dan NATSEC yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini itu yang akan berakhir Khamis ini, mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.

Acara dwitahunan yang memasuki dalam edisi ke-18 itu, bertemakan Building Resilient Nations For The Next Generation dan telah menarik penyertaan 1,324 syarikat dari 60 negara, dengan 34 negara mempunyai pavilion sendiri, termasuk Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu, Itali dan Amerika Syarikat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings