the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba

KUANTAN: Jurulatih skuad berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Muhammad Muslim Marzuki maut akibat kemalangan ketika mengiringi latihan pelumba di Kilometer 52 Jalan Kuantan-Maran di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata insiden dipercayai berlaku pada 10 pagi dan Muhammad Muslim, 22, yang menunggang motosikal, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan menyebabkan ia terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori,“ katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan mangsa, yang beralamat di Bandar Permaisuri, Terengganu, mengiringi latihan pelumba dari Kuantan ke Temerloh semasa kemalangan itu berlaku.

Wan Mohd Zahari berkata kemalangan itu, yang berlaku berhampiran pondok polis Paya Bungor, menyebabkan motosikal dinaiki mangsa rosak teruk manakala lori terbabit, yang dipandu lelaki berusia 43 tahun, mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan.

Beliau berkata mayat Muhammad Muslim dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings