the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan

KOTA BHARU: Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung program subsidi bersasar, sebaliknya menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.

Beliau berkata setakat ini tiada pengumuman dibuat berhubung perkara itu, yang sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga bahan api itu.

“Pengumuman itu biarlah dibuat oleh kerajaan sendiri dan janganlah media asing mendahuluinya. Apa pun kita sedang melaksanakan beberapa mekanisme untuk persiapkan diri, jadi bila program penyasaran itu dilaksanakan kita sudah bersedia.

“Antaranya termasuk menyediakan kemudahan kad fleet kenderaan lori untuk menikmati subsidi diesel apabila program itu dilancarkan. Sekarang kita sedang aktif mendaftarkan syarikat untuk membolehkan mereka dapat subsidi,“ katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri di KPDN Kelantan, di sini, hari ini.

Sementara itu mengulas berhubung kenaikan gaji penjawat awam yang akan memungkinkan kenaikan harga barangan, Fuziah berkata KPDN akan melakukan pemantauan dan kawalan setiap hari untuk memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings