the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia ucap takziah tragedi pesawat terhempas di sekolah Bangladesh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa sedih dan takziah berikutan kejadian jet pejuang tentera Bangladesh terhempas di sebuah sekolah di Dhaka, semalam. Tragedi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk kanak-kanak, manakala lebih 100 lagi cedera.

“Hati saya luluh apabila mendapat tahu mengenai nahas jet pejuang yang terhempas di sebuah sekolah di Dhaka. Ramai yang terkorban, kebanyakannya kanak-kanak. Lebih 100 lagi cedera,“ kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memuji keberanian guru Maherin Chowdhury yang gugur semasa menyelamatkan lebih 20 pelajar dari bangunan yang terbakar. “Keberanian luar biasa beliau tidak akan dilupakan,“ ujarnya.

Anwar juga menyatakan niat untuk menghantar surat kepada pemimpin sementara Bangladesh dan pemenang Hadiah Nobel, Prof Muhammad Yunus, sebagai tanda solidariti Malaysia.

“Kami sentiasa ada bersama anda dalam saat duka ini. Kami turut bersedih atas setiap nyawa yang terkorban dan keluarga yang terkesan,“ tambahnya.

Kejadian berlaku pada Isnin apabila pesawat F-7 BGI mengalami masalah teknikal sejurus berlepas dan terhempas di bangunan Milestone School and College di Uttara Diabari, Dhaka. Juruterbang Lt Towkir Islam antara yang terkorban, manakala 165 lagi cedera. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings