the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan

SEOUL: Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard, kata seorang pegawai Korea Selatan pada Isnin.

Sebanyak 246 bilion becquerel tritium, isotop radioaktif hidrogen yang masih boleh dikesan selepas rawatan melalui sistem penulenan khas dikenali sebagai ALPS, dilepaskan dari Khamis hingga Ahad, menurut timbalan ketua pertama Pejabat untuk Penyelarasan Dasar Kerajaan, Park Ku Yeon.

Pengendali loji, Tokyo Electric Power Company (Tepco) telah memantau kepekatan tritium dalam air laut berhampiran untuk menilai potensi kesannya ke atas lautan sejak pelepasan bermula Khamis lepas.

“Kepekatan dalam 3 kilometer dari loji nuklear adalah jauh di bawah had standard,“ Agensi Berita Yonhap memetik Park sebagai berkata semasa taklimat harian.

Kepekatan tritium yang diukur di mana air laut dan air terawat keluar daripada tangki K4 digabungkan juga berada di bawah hadnya, menurut Park. Tangki-tangki itu menyimpan air yang dirawat melalui ALPS.

Tritium, yang berlaku secara semula jadi tetapi juga boleh dihasilkan sebagai hasil sampingan reaktor nuklear, dianggap tidak stabil dan radioaktif. Ia diketahui meningkatkan risiko kanser jika diambil dalam kuantiti yang sangat banyak.

Park juga menyatakan tahap sinaran yang dijalankan oleh TEPCO berada dalam had yang dibenarkan, menunjukkan bahawa air laut sedang dicairkan dengan betul.

Beliau menyebut bahawa tiga pegawai Korea Selatan telah berlepas ke Jepun untuk melawat pejabat lapangan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang terletak di Fukushima.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada langkah susulan selepas Presiden Yoon Suk Yeol meminta Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida untuk memasukkan pakar Korea Selatan dalam memantau pelepasan air Fukushima. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings