the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lebih RM146 juta untuk projek infrastruktur Kelantan

KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM146.22 juta bagi pelaksanaan 24 projek pembangunan infrastruktur serta kerja baik pulih di Kelantan tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peruntukan itu diluluskan di bawah Rolling Plan 5 (RP5) Tahun 2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan akan dilaksanakan menerusi lapan jabatan serta agensi KPKT.

“Antara projek utama termasuk pembinaan 855 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) melibatkan peruntukan RM69.37 juta di 14 kawasan Parlimen,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Program Baik Pulih Rumah di Kampung Penambang.

Selain itu, Nga berkata RM30.58 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kerajaan Tempatan bagi 95 projek pembangunan dan baik pulih cerun oleh pihak berkuasa tempatan termasuk pembinaan Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh, Pasar Besar Kuala Krai serta pembinaan gerai dan kemudahan awam di Pantai Cahaya Bulan.

“Bagi kerja baik pulih 389 unit rumah serta pembinaan 27 unit rumah baharu di bandar, peruntukan sebanyak RM13.95 juta disediakan melalui Bahagian Kesejahteraan Komuniti. Kerajaan juga memperuntukkan dana untuk penyelenggaraan 10 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di negeri ini,” katanya.

RM12.7 juta disalurkan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pasir Mas, Ayer Lanas (Jeli), Batang Merbau (Tanah Merah) serta Program Residensi Rakyat (PRR) Kadok (Kota Bharu).

“Bagi mengindahkan persekitaran dan taman awam, RM10.95 juta diluluskan melalui Jabatan Landskap Negara termasuk di Pasir Puteh dan Kota Bharu, selain satu kajian Pelan Induk Landskap untuk Majlis Daerah Machang,” kata Nga.

Peruntukan RM4.47 juta pula bagi 11 projek kemajuan Kampung Baru termasuk pembinaan dua rumah dan baik pulih 42 rumah di Kampung Baru seluruh Kelantan.

“RM2.7 juta diperuntukkan bagi kerja baik pulih dan penyelenggaraan perumahan kos rendah berstrata melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia dan Program Penyenggaraan Perumahan manakala RM1.5 juta untuk pembinaan Bengkel Kejuruteraan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan,” jelasnya.

Nga menegaskan KPKT kekal komited bekerjasama dengan semua PBT tanpa mengira fahaman politik demi merealisasikan pembangunan negara secara lestari dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories