the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Vietnam, Malaysia miliki pelbagai peluang pembangunan dan pelaburan: Pakar

HANOI: Gabungan pelbagai kemudahan pembuatan, pemprosesan serta pusat penyelidikan di Malaysia dan Vietnam yang memiliki tenaga kerja muda dan berkemahiran tinggi dengan kepakaran profesional yang baik, merupakan faktor yang boleh mewujudkan pelbagai peluang pembangunan dan pelaburan, kata pakar Malaysia.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, membuat penilaian itu dalam wawancaranya dengan Agensi Berita Vietnam di Kuala Lumpur, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam pada 20 hingga 21 Julai ini.

Pakar itu menyuarakan keyakinan bahawa hasrat kedua-dua Perdana Menteri untuk berkerjasama dalam pelaburan dan pembangunan, Vietnam dan Malaysia akan menyumbang kepada pertumbuhan negara dalam pelbagai bidang, bukan sahaja terhad kepada import dan eksport hasil ladang dan makanan laut.

Beliau berkata berdasarkan integrasi ASEAN, Vietnam dan Malaysia boleh memberi tumpuan untuk meningkatkan keupayaan import-eksport mereka merentasi pelbagai sektor.

Menurut Awang Azman, pertumbuhan pelaburan dan perdagangan dua hala kedua-dua negara akan mengurangkan pergantungan kepada pasaran antarabangsa di luar ASEAN.

Mengukuhkan penglibatan komersial antara kedua-dua pihak akan memaksimumkan keuntungan perniagaan dan meningkatkan sumbangan sektor pertanian dan perikanan kepada ekonomi, sekali gus memacu kemakmuran ASEAN.

Beliau berkata pada masa ini, interaksi dan pertukaran budaya dua hala antara Vietnam dan Malaysia semakin meningkat, menghasilkan pembangunan tenaga kerja, kepelbagaian budaya, peluang pekerjaan dan pelaburan yang lebih baik serta prospek kerjasama baharu.

Dianggarkan terdapat lebih 30,000 rakyat Vietnam menetap, bekerja dan belajar di Malaysia.

Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings