the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerja pembinaan jambatan Sungai Sepang dijangka dimulakan tahun hadapan: Aminuddin

SEREMBAN: Kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang, Selangor dijangka dimulakan tahun hadapan selepas selesai isu pengambilan tanah.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia termasuk isu membabitkan tanah milik persendirian di negeri ini, selain perlu mendapat persetujuan kerajaan Selangor berkaitan tanah jajarannya yang turut terlibat untuk projek berkenaan.

“Bukan mudah kita nak siapkan jambatan kalau tak disambung dengan jalan sedia ada selain ada tanah milik orang.. Kerja-kerja pembinaan juga bukan melibatkan Negeri Sembilan sahaja, tetapi Selangor yang juga mempunyai isu pengambilan tanah laluan dan jajaran berkenaan.

“Apabila melibatkan dua negeri, Selangor pun kena buat kerja, Negeri Sembilan pun kena buat kerja..kita nampaknya tak ada masalah, tapi ada kerja-kerja pengambilan tanah yang perlu dilihat, kelulusan telah ada, insya-Allah, tahun depan banyak kerja boleh berjalan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Yew Boon Lye (PH-Chuah) yang ingin tahu status pembangunan projek itu dan jangkaan pembinaan dimulakan.

Aminuddin berkata jajaran projek itu juga telah dipersetujui oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta dibentang dalam Mesyuarat Perancang negeri pada 19 Sept lepas untuk tujuan pemakluman kepada kerajaan negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata kerajaan akan membina jalan dan jambatan berkenaan, yang membabitkan kos projek RM160 juta, antara lain bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings