the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan bapa kandung, ibu tiri dera kanak-kanak 6 tahun

SEREMBAN: Polis menahan pekerja kilang dan isterinya di Bahau dekat sini semalam kerana disyaki mendera anak lelakinya berusia enam tahun sejak Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki terbabit yang juga bapa kandung mangsa berumur 27 tahun dan wanita yang dipercayai ibu tiri mangsa berumur 31 tahun ditahan selepas polis menerima maklumat awam berkenaan kejadian itu.

Beliau berkata maklumat yang diterima pada 2.30 petang itu mengatakan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, melarikan diri dari rumah akibat didera.

“Mangsa dipercayai dipukul oleh bapa kandung dan ibu tiri dengan tangan, menendang, merotan dan menggunakan senduk kayu. Tiga lagi anak lain tidak didera.

“Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat banyak kesan parut dan luka di seluruh tubuh badannya. Kanak-kanak itu telah menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Pilah dan doktor mengesahkannya mengalami pelbagai kecederaan pada tubuh badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata kedua-dua suspek kemudian direman selama seminggu bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings