the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Asia: Hasrat skuad B-23 muncul juara Kumpulan H tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: Hasrat skuad bola sepak bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan untuk menjuarai Kumpulan H tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Bangkok, Thailand hari ini.

Jaringan tunggal penyerang Yotsakon Burapha pada minit ke-20 itu sekali gus memusnahkan harapan Malaysia untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024, sebaliknya terpaksa menunggu keputusan daripada perlawanan lain bagi mengetahui nasib skuad Harimau Muda.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan manakala Thailand selaku juara kumpulan dan layak secara automatik ke pusingan akhir tahun depan.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan dan rembatan pemain tengah Harimau Muda Nooa Laine hampir membutirkan gol pada minit kesembilan namun sedikit tersasar.

Skuad Gajah Putih yang berkelebihan beraksi di laman sendiri jelas tidak goyah dengan asakan bertali arus anak buah E. Elavarasan sebaliknya percaturan dari bahagian kiri padang oleh Phongsakon Trisat disempurnakan dengan baik Yotsakon yang menanduk masuk bola, menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit ke-20.

Biarpun ketinggalan, Harimau Muda tetap ghairah mencipta peluang menyamakan kedudukan namun hampa apabila sepakan percuma diambil penyerang Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-41 berjaya ditangkap kemas penjaga gol Thirawooth Sraunson.

Thailand meneruskan penguasaan dengan melakukan beberapa percubaan pada babak kedua perlawanan namun berjaya ditepis Sikh Izhan Nazrel.

Peluang terbaik skuad kebangsaan diperoleh pada minit ke-69 untuk mengikat tuan rumah namun sepakan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi gagal disempurnakan dengan baik.

Sebagai rekod, hanya juara kumpulan bersama empat naib juara terbaik dari keseluruhan 11 kumpulan layak ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar akan berlangsung pada 15 April hingga 3 Mei tahun depan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings