the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir

HANGZHOU: Juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjadi wakil tunggal negara untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Sukan Asia Hangzhou, yang bakal berlangsung hari ini.

Pada saingan suku akhir malam tadi, beregu di kedudukan kelima dunia itu terpaksa mengerah kudrat selama 81 minit, untuk mengatasi wakil tuan rumah Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 19-21, 21-18 di Gimnasium Binjiang di sini.

Bagi memburu tempat ke final, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, akan mencabar gandingan nombor tiga dunia Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, yang mara selepas membelasah Nge Joo Jie-Johann Prajogo dari Singapura 21-7, 21-9.

“Kami agak gembira dengan tumpuan kami dalam gelanggang, walaupun set kedua kami mendahului 19-17, tetapi kalah… Set penentuan kami masih fokus, permainan dan momentum kami juga bagus. Untuk esok kami akan bincangkan gaya permainan dengan jurulatih dan bersedia untuknya,” kata Aaron selepas aksi tersebut.

Bagi Wooi Yik, kemenangan hari ini yang mengesahkan sekurang-kurangnya sebutir gangsa untuk negara, sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan mereka.

Pada edisi lepas di Jakarta-Palembang, Indonesia, skuad badminton negara pulang tangan kosong apabila tiada wakil negara melepasi peringkat suku akhir.

Terdahulu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah tersingkir, selepas kekalahan kepada beregu nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee daripada Korea Selatan 21-15, 11-21, 7-21.

Wakil perseorangan lelaki Ng Tze Yong pula tewas 20-22, 15-21 kepada pemain nombor tiga dunia, Kodai Naraoka dari Jepun.

Pemain meningkat naik Jepun itu, seterusnya akan berjumpa wakil tuan rumah Shi Yu Qi, yang menyingkirkan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-18, 21-12.

Pada sesi pagi, perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia disingkirkan oleh HS Prannoy dari India 16-21, 23-21, 20-22, manakala beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas 14-21, 21-23 kepada juara bertahan dari China Zheng Siwei-Huang Yaqiong. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings