the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 kepada penjawat awam N.Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 3,796 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 14 April ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM3.796 juta.

“Sempena menyambut Aidilfitri, kita setuju berikan bantuan itu kepada semua penjawat awam negeri tidak termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Pemberian ini juga kerana dalam Bajet 2022 kita anggarkan jumlah pendapatan diterima sekitar lebih RM400 juta tapi kita berjaya capai RM523 juta, surplus sebanyak RM31 juta, ini merupakan pendapatan yang cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan itu juga sebagai penghargaan kepada penjawat awam negeri selain meringankan beban kewangan mereka sempena Aidilfitri tahun ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings