the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Abang Jo bakal umum penemuan baharu berkaitan tenaga hijau, perubatan

KUCHING: Kerajaan Sarawak berjaya mencatat penemuan baharu berkaitan tumbuh-tumbuhan yang dijangka memanfaatkan sektor tenaga hijau dan perubatan di negeri itu untuk jangka masa panjang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar).

Beliau berkata dapatan kajian mengenai penemuan berkenaan akan diumumkan pada awal bulan depan iaitu sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 yang dijadualkan dari 15 hingga 24 Mei.

“Ia ada kaitan dengan tanaman alga dan satu lagi tumbuhan yang belum diterokai secara mendalam. Saya yakin bahawa dengan adanya kajian ini, kita akan dapat (manfaat) bukan sahaja untuk tenaga hijau tetapi dari sudut perubatan.

“Ini adalah satu breakthrough dari sudut tenaga hijau dan juga tenaga boleh diperbaharui yang sangat dikehendaki dunia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Katanya tumbuhan yang dimaksudkan berkemungkinan hanya boleh didapati di Bumi Kenyalang dan kajian itu berhubung kait dengan keadaan cuaca serta iklim di Malaysia.

Sementara itu Abang Johari berkata pengumuman pada awal Mei nanti akan turut menyentuh perihal perkembangan terkini syarikat penerbangan butik di Sarawak.

Beliau berkata pengoperasian syarikat penerbangan milik Sarawak itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh kurang tiga tahun lagi.

Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik bagi meredakan keadaan kadar tambang yang mahal khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Majlis rumah terbuka Abang Johari yang berlangsung dari 10.30 pagi hingga 4 petang itu menerima kira-kira 5,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta tetamu kehormat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings