the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita ditahan bantu siasatan muat naik kenyataan berbaur penghinaan

GEORGE TOWN: Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan ditahan bagi membantu siasatan memuat naik kandungan di media sosial berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penganugerahan pingat kepada Tan Sri Lim Kit Siang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata wanita berusia 32 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, dekat sini 13 Jun lepas.

“Pada 7 Jun 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada orang awam mengenai beberapa kandungan di media sosial yang berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

“Susulan itu, pada 13 Jun 2023 pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung memuat naik kandungan di media sosial berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, selain penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, wanita itu juga dipercayai turut mengaitkan Lim sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969.

Khaw berkata susulan penahanan wanita itu, polis merampas beberapa bahan bukti antaranya komputer riba, telefon bimbit dan kad sim milik wanita itu untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata wanita berkenaan kemudian dibebaskan dengan jamin polis pada hari sama kerana mendakwa sedang mengandung enam bulan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 oleh USJT Bukit Aman. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings