the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes cerai Hafidz Roshdi: Mahkamah tetap 9 Mei untuk sebutan

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Muhammad Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, berhubung satu lagi lafaz yang didakwa dibuat oleh pelakon itu pada Januari lepas melalui aplikasi WhatsApp.

Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir, yang mewakili Muhammad Hafidz, 29, memohon tarikh lain bagi membolehkan pihaknya menjawab tuntutan balas Nurul Shuhada, 29, berhubung lafaz cerai itu.

Akberdin berkata pihaknya menerima satu salinan pernyataan pembelaan bersama tuntutan balas berhubung perkara itu semalam.

“Prosiding hari ini untuk permohonan yang difailkan mereka (Muhammad Hafidz dan Nurul Shuhada) bersama sebelum ini berkaitan lafaz (cerai) pada 22 Feb lepas. Hari ini ada satu lagi talak dilafazkan terhadap beliau (Nurul Shuhada) pada 22 Jan.

“Saya dapat arahan untuk masukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan balas ini. Oleh itu, pihak kami memohon tarikh baharu bagi jawapan dan pembelaan,“ katanya yang dibantu peguam syarie Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Akberdin berkata pihaknya juga terperanjat dengan tuntutan balas tersebut kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Peguam syarie Nurfarhana Abd Manaf, yang mewakili Nurul Shuhada, pula mengesahkan pihaknya telah memfailkan satu tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai pada bulan Januari itu.

“Lafaz cerai pertama pada 22 Jan (dibuat) secara (melalui aplikasi) WhatsApp. Kami tiada bantahan mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes,“ katanya.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 27 Feb lepas, Muhammad Hafidz dan Nurul Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah susulan lafaz talak satu oleh pelakon itu melalui panggilan telefon pada 22 Feb lepas.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings