the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar imbau kisah didikan ibu bapa galak membaca, lawat kawasan miskin

KUALA LUMPUR: Tidak hanya menjawab soalan berkaitan isu semasa dan rakyat dalam program dialog bersama belia di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuka kisah didikan ibu bapanya yang mempengaruhi perwatakan beliau dan minat membaca yang sangat menebal sejak dahulu lagi.

Segalanya bermula dengan soalan peserta wanita dari Indonesia pada program dialog anak muda ‘Temu Anwar,’ yang turut menzahirkan kekagumannya terhadap Perdana Menteri berusia 75 tahun itu yang disifatkan sebagai seorang pejuang sejati dan memiliki ketokohan tersendiri, mengenai kaedah didikan diguna pakai oleh ibu ayah Anwar.

“Saya percaya bapak membawa visi MADANI tentang kemanusiaan, apa nasihat yang diberikan orang tua bapak, orang tua bapak seperti apa, bagaimana mendidik daripada kecil sehingga jiwa pejuang Anwar teruji bukan hanya di rumah tapi di penjara,” katanya yang memperkenalkan diri sebagai Nur Irma Watoni.

Anwar, yang tersenyum dan berkata beliau ‘senang’ dengan soalan itu, memaklumkan antara asas utama didikan ibu bapa beliau ialah membaca.

“Ibu bapa saya sangat mendorong untuk membaca. Ayah saya lebih kepada Bahasa Inggeris. Ibu saya lebih kepada Bahasa Melayu. Mereka juga sering beri galakan saya bergiat aktif dalam kegiatan sosial dan masyarakat.

“Walaupun kami kelas menengah, ibu bapa saya memang orang kuat Umno dan (bapa) pernah jadi Ahli Parlimen tetapi sentiasa bawa saya ke kawasan-kawasan orang miskin. Jadi keprihatinan kita kukuh dari awal. Alhamdulillah, latihan agama juga kuat,” katanya.

Perdana Menteri berkata ketika melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), beliau turut mendapat latihan disiplin yang teguh daripada guru-gurunya yang disifatkan sebagai luar biasa.

“Sebab itu bila orang berbicara soal kaum, walaupun saya kuat Melayunya, saya perjuangkan bahasa, bangga dengan budaya tapi saya tiada sentimen benci bangsa lain.

“Walaupun Kolej Melayu, (pelajar) Melayu semua tetapi guru yang berjasa kepada kita ini guru Melayu, guru Cina dan India itu berjasa sekali dan kasih kepada anak-anak itu tidak menunjukkan mereka ada prasangka terhadap anak-anak Melayu. Jadi ini semua mempengaruhi watak kita.

“Tetapi bagaimana saya boleh berdegil dan bertahan, itu tidak mudah. Kalau saudara kumpul, saya di penjara hampir 11 tahun dan penjara itu neraka dunia, jadi tidak mudah. Tapi saya keras dan degil mengatakan saya nak ubah sistem,” katanya.

Anwar berkata azam dan cita-cita untuk menjadikan Malaysia hebat dan ‘manusiawi’ tetap diteruskan walapun berada di balik tirai besi sehingga mendorong beliau untuk tekun beramal, cuba menghafal al-Quran dan membaca sebanyak mungkin buku yang diperoleh.

“Walaupun di peringkat awal, tidak diizinkan buku masuk dalam lokap saya. Tetapi selepas beberapa tahun bosan melarang-larang, akhirnya diizinkan dan teman-teman dari seluruh dunia hanya mengirim buku. Kalau buku terbitan paling baharu dari India, Indonesia, Amerika Syarikat dan United Kingdom itu dikirim kepada saya.

“Jadi sebab itu, bila saya keluar dari penjara pada 2004, saya diminta jadi felow di Universiti Oxford dan kemudian Profesor di Universiti Georgetown kerana banyak baca. Tapi bagaimana mampu kuat ini, sukar dijawab. Yang penting doa kepada Allah SWT supaya kuat,“ katanya.

Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) tersebut dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 anak muda yang berpeluang bertanyakan pelbagai soalan kepada pemimpin nombor satu negara itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings