the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua disyaki dera, lakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar tahfiz

MELAKA: Polis menahan dua lelaki yang merupakan adik-beradik warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam kes penderaan dan amang seksual fizikal kanak-kanak pelajar tahfiz di Tanjung Minyak.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata penahanan suspek yang merupakan pengasas pusat tahfiz berusia 40 tahun itu, dan warden asrama berkenaan yang berumur 36 tahun, dibuat susulan enam laporan polis yang diterima.

“Laporan polis dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz terbabit yang berumur 13 hingga 15 tahun di Balai Polis Batang Tiga antara pukul 6.29 petang dan 9.13 malam, semalam. Tangkapan pertama pada pukul 1 tengah hari manakala tangkapan kedua pada 1.30 tengah hari di Pusat Tahfiz Tanjong Minyak hari ini,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian berlaku beberapa kali di dua pusat tahfiz iaitu di Tanjung Minyak dan juga Alor Gajah serta di kondominium di Klebang, bagaimanapun kanak-kanak itu tidak dapat mengingati tarikh tepat, namun kali terakhir dikatakan berlaku pada 7 Mei lepas.

Zainol berkata suspek pertama pernah mempunyai rekod lampau atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal serta liwat pada tahun 2019, dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh esok.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings