the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar arah persiapkan prasarana, kemahiran sumber manusia untuk terima pelaburan asing

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan jabatan mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia untuk menerima pelaburan asing yang kian rancak ke negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata jika pelaburan masuk ke Malaysia tetapi anak tempatan tidak diberi peluang, ia menyebabkan tidak berlaku pemindahan teknologi dan latihan khusus.

Berucap pada majlis perhimpuan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini, Anwar berkata MoF harus membantu menyelaraskan untuk mengetahui apa bidang yang kurang termasuk berkaitan kemahiran sumber manusia sebagai persediaan menerima pelaburan asing.

“Kalau perlu (sediakan) peruntukan khas tambahan untuk beri latihan intensif. Jika tidak mereka (pelabur) terpaksa mengambil pekerja dari luar negara. Ini hal yang harus dipantau dan segerakan tindakan,“ katanya.

Anwar berkata pelaburan RM25.5 bilion oleh Amazon Web Services (AWS) serta RM170 bilion oleh China, mempunyai “snowball effect” dalam pelaburan Malaysia, apabila banyak negara menunjukkan minat membuat pelaburan dalam negara.

“Kalau hanya tunggu pelaburan, tetapi tidak siapkan jentera kemahiran dan infrastruktur, ini akan menjadi masalah. Bila mereka (pelabur) masuk, keperluan prasarana kian bertambah,“ katanya.

Anwar berkata pelaburan di Malaysia kian meningkat disebabkan sistem politik yang stabil dan dasar-dasar kerajaan yang jelas serta usaha awal pegawai kerajaan dalam menarik pelaburan sehingga membuahkan hasil yang begitu baik.

“Saya mengucapkan penghargaan, terima kasih, kerana apabila jentera penjawat awam itu dianggap telus dan cekap, jadi hasilnya itu baik. Bila ada kesepakatan dari semua pegawai jabatan dan agensi, ia mempermudahkan dan melicinkan proses serta menyakinkan pelabur dan kemudian mendapat manfaat.

“Inilah yang kita harapkan dalam kerajaan Madani supaya ada kefahaman dan seragam atas dasar-dasar kita sepakati dan kemudian laksanakan dengan baik,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings