the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AGC sekali lagi tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan keluar kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) sekali lagi menolak representasi dikemukakan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk membatalkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah melalui buku “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose”.

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada Tetuan Guok Partnership yang mewakili wanita itu melalui e-mel hari ini.

Berdasarkan surat tersebut yang diperoleh pihak media, AGC telah memutuskan bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk mengekalkan pertuduhan sedia ada terhadap tertuduh.

AGC menyatakan bahawa keputusan itu adalah muktamad dan sebarang representasi lanjut daripada pihak tertuduh tidak akan dilayan melainkan jika terdapat apa-apa perkembangan baharu yang masih belum dipertimbangkan yang mewajarkan kajian semula dibuat.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman dan peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 25 Jan lepas, AGC menolak representasi Rewcastle-Brown sebelum representasi kali kedua difailkan pada 8 Mac lalu.

Representasi itu difailkan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Okt tahun lepas yang menolak saman fitnah difailkan Sultanah Nur Zahirah terhadap wanita itu berhubung dakwaan fitnah membabitkan Terengganu Investment Authority (TIA) dalam buku berkenaan.

Dalam permohonan itu, Rewcastle-Brown berkata Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perenggan dalam buku berkenaan adalah tidak berunsur fitnah, oleh itu pihak pendakwaan akan menghadapi kesukaran untuk membuktikan kes di atas beban pembuktian melampaui keraguan munasabah di dalam kes jenayah tersebut.

Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada 23 Sept 2021 atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Permohonan Rewcastle-Brown untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi di sini akan didengar di hadapan Hakim K. Muniandy pada 15 Mei ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings