the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Hairi: Pemilihan Umno JB 27 Mei ini adalah pertandingan bersifat kekeluargaan

JOHOR BAHRU: Pemilihan Umno Bahagian Johor Bahru yang akan berlangsung pada 27 Mei ini di Berjaya Waterfront Hotel, di sini disifatkan sebagai pertandingan kekeluargaan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Mohd Hairi Mad Shah (gambar).

Beliau yang akan bertanding dengan bekas Timbalan Ketua Bahagian itu Datuk Yahya Jaafar untuk jawatan Ketua Bahagian turut menjelaskan bahawa dia bersikap profesional dan bersaing secara sihat.

“Saya buka gelanggang ini secara profesional, pertandingan sihat, dan pemilihan ini bukan hendak mencari kesilapan individu tetapi pertandingan ini adalah pertandingan kekeluargaan.

Selepas ia selesai, saya tetap akan berjumpa dengan lawan saya dan siapa sahaja menang, kita kena bermuafakat semula agar Umno dipandang tinggi oleh orang luar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Bersama Gerakan Koperasi Negeri Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pemilihan Umno Johor Bahru yang ditangguh sejak 18 Mac lepas itu.

Mohd Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri berkata beliau turut yakin Badan Perhubungan Umno Johor berkredibiliti menyelaraskan pemilihan itu.

Jawatan Ketua Bahagian Umno Johor Bahru sebelum ini dipegang bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad selama empat dekad.

Pada 18 Mac lepas, proses pemilihan Bahagian Umno itu ditangguh dan digantung selepas terdapat dakwaan kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings