the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyertaan peringkat tinggi babitkan 78 negara di majlis pelantikan Presiden Turkiye Erdogan

ANKARA: Pegawai peringkat tinggi dari 78 negara dijadual menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Majlis perasmian di Kompleks Presiden akan dihadiri oleh 21 ketua negara, 13 perdana menteri, serta wakil peringkat parlimen dan menteri, dan wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Negara-negara Turki (OTS), NATO dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Erdogan akan mengangkat sumpah di Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye pada 1400 waktu tempatan seterusnya memulakan penggal baharunya.

Beliau akan menerima mandat daripada Speaker Sementara Grand National Assembly, Devlet Bahceli.

Beliau dijangka mengumumkan barisan Kabinetnya selepas makan malam.

Erdogan memenangi pilihan raya presiden pusingan kedua pada Ahad lepas dengan memperoleh 52.18 peratus undi.

Calon pembangkang Kemal Kilicdaroglu memperoleh 47.82 peratus, menurut keputusan akhir yang dikeluarkan oleh Majlis Pilihan Raya Tertinggi negara itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings