the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaburan Tesla, AWS dijangka bawa limpahan ekonomi, wujudkan pekerjaan berkualiti tinggi

JOHOR BAHRU: Pelaburan dua syarikat utama, Tesla dan Amazon Web Services (AWS) dijangka membawa limpahan ekonomi kepada negara sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelaburan positif seperti Tesla itu didorong faktor Malaysia yang mempunyai ekosistem kukuh dalam menyokong pembuatan kenderaan elektrik (EV).

Beliau berkata Malaysia juga ialah pengeluar ketujuh terbesar dunia dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) selain semikonduktor yang merupakan komponen penting dalam mana-mana pembuatan EV.

“Bila bercakap mengenai pembuatan EV, syarikat seperti Tesla akan melabur di sini kerana kita memiliki ekosistem dalam E&E. Faktor paling menarik mengenai Malaysia adalah, apabila anda melihat ekosistem untuk E&E, ia boleh menyokong industri EV.

“Contohnya Tesla mengatakan bahawa sebahagian yang agak besar daripada rantaian bekalan mereka adalah dari Malaysia, jadi mengapa tidak mereka berpindah ke sini,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Johor Port Bhd, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelaburan baharu daripada Tesla dan AWS itu.

Sebelum ini Tengku Zafrul dilaporkan berkata MITI telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia.

Dalam merealisasikan objektif itu, Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Tengku Zafrul berkata pelaburan terkini AWS pula dengan anggaran nilai pelaburan berjumlah RM25.5 bilion untuk tempoh melebihi 15 tahun, akan meningkatkan daya saing Malaysia dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi serta membantu inovasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), seiring dengan aspirasi digital negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings