the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

18 fasiliti KKM di Johor terjejas akibat banjir: Dr Zaliha

SERDANG: Sebanyak 18 fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) terjejas akibat banjir yang melanda Johor sejak 1 Mac lepas, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa (gambar).

Beliau berkata ia melibatkan 13 klinik desa, empat klinik kesihatan dan satu klinik pergigian masing- masing di Segamat dan Tangkak.

“Chaah (di Segamat) paling terkesan terutama klinik kesihatan. Beberapa peranti turut rosak di sana (akibat banjir),” katanya pada sidang media selepas merasmikan simposium mengenai penyakit jantung semasa kehamilan di Hospital Serdang, di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata buat masa ini, pasukan petugas KKM termasuk dari Muar, Tangkak dan Putrajaya yang ditugaskan bagi memberi khidmat kesihatan kepada mangsa banjir adalah mencukupi.

Keadaan banjir di Johor menyaksikan jumlah mangsa yang terjejas meningkat kepada 37,322 orang setakat 8 pagi ini berbanding 34,849 mangsa pada 8 malam tadi.

Ditanya mengenai sama ada terdapat jangkitan COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS), Dr Zaliha berkata setakat pagi ini, dua kes dikesan masing-masing di Segamat dan Kluang, Johor.

Beliau berkata kedua-dua individu tersebut bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedang menjalani isolasi di Hospital Segamat dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Kami juga akan memantau aktiviti memasak di PPS (sekiranya ada) untuk mengelakkan masalah keracunan makanan manakala aktiviti pencegahan untuk denggi dan leptospirosis, sentiasa dijalankan setiap hari oleh pasukan dari PKD (Pejabat Kesihatan Daerah),” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Dr Zaliha berkata Hospital Serdang menjadi tumpuan rujukan kes penyakit jantung semasa mengandung kerana terdapat kombinasi perkhidmatan jantung, obstetrik dan ginekologi serta pediatrik, dengan seramai 669 pesakit telah menerima rawatan di klinik kombinasi tersebut tahun lepas.

Beliau berkata analisa kematian maternal daripada laporan yang diterbitkan mengenai ‘Confidential Enquiries into Maternal Deaths (CEMD) 2012-2014’ menunjukkan empat punca utama kematian adalah komplikasi daripada masalah kesihatan jantung, pendarahan selepas bersalin, gangguan hipertensi dalam kehamilan dan penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings