the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Henti sementara aktiviti perkhemahan, rekreasi di Kota Tinggi: Polis

KOTA TINGGI: Orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sementara sebarang aktiviti perkhemahan dan rekreasi di daerah Kota Tinggi berikutan banjir dan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini seperti kejadian sekumpulan individu terperangkap ketika berkhemah di Tanjung Lompat, di sini semalam.

“Akibat hujan berterusan, jalan di kawasan tapak perkhemahan itu dinaiki air deras dan mereka terperangkap, tetapi dengan bantuan polis dan bomba semua berjaya dikeluarkan melalui jalan alternatif.

“Jadi, saya juga ingin menyeru pengusaha rekreasi lebih bertanggungjawab dan bekerjasama memaklumkan kepada pihak polis supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan dan jika boleh hentikan sementara operasi perniagaan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Perpat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada terdapat arahan mengenai penutupan tapak perkhemahan susulan kejadian 35 orang terperangkap di tapak perkhemahan di Tanjung Lompat semalam.

Hussin bagaimanapun berkata tiada arahan penutupan tapak perkhemahan dan rekreasi dikeluarkan setakat ini.

“Setakat ini belum ada lagi arahan penutupan, kita (selalunya akan arahkan) berdasarkan kepada situasi semasa dan penilaian, jika ia bahaya kita akan arahkan premis ditutup melalui pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Masri Ibrahim dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekumpulan individu terperangkap di tapak perkhemahan itu pada 2.19 petang.

Beliau berkata kesemua individu berkenaan berjaya diselamatkan menerusi laluan alternatif berdekatan sebuah hotel.

Sementara itu, Hussin berkata keadaan banjir di Kota Tinggi masih dalam keadaan terkawal dengan enam PPS telah dibuka dan tiada jalan utama di daerah itu terputus hubungan atau ditutup setakat ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings