the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir Terengganu: Polis siasat video tular cetus keresahan masyarakat

KUALA NERUS: Polis Terengganu telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah video yang tular di laman media sosial yang mendakwa kononnya Jambatan Manir di Kuala Terengganu akan runtuh disebabkan banjir.

Ketua Polis negeri Datuk Rohaimi Md Isa (gambar) berkata video yang disebarkan di aplikasi Tik Tok beberapa hari lepas itu telah mencetuskan kebimbangan orang ramai yang menggunakan jambatan berkenaan sebagai laluan penghubung utama antara Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.

Beliau berkata kertas siasatan itu dibuka setelah mendapat aduan rasmi daripada seorang pegawai polis trafik yang membuat laporan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu petang semalam.

“Walaupun rakaman itu dilihat seolah-olah nasihat dan tidak memburukkan mana-mana agensi, ia tetap menimbulkan kegusaran awam kerana didakwa bahaya… akan runtuh.

“Ini adalah kenyataan tidak benar… bukan fakta kerana tak dapat pengesahan daripada mana-mana pihak berkuasa yang sah,“ katanya selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak di sini, hari ini.

Menurut Rohaimi pemilik akaun TikTok itu sudah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan dilakukan termasuk mengambil keterangan daripada individu berkenaan.

Menurut beliau kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas kesalahan penyebaran berita yang menimbulkan ketakutan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

“Video itu telah menggangu laluan trafik sekali gus menyukarkan tugas anggota trafik kerana ia menyebabkan kesesakan trafik di laluan lain apabila pengguna mengelak daripada menggunakan jambatan tersebut,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings