the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan T’ganu

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.10 tengah hari, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) diramal bermula 19 hingga 21 Jan ini. .

Selain itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta Kuantan, Pahang bermula 20 hingga 22 Jan ini.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berasingan meminta negeri-negeri mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara dilengkapi dengan keperluan asas, dan Pos Kawalan Tempat Kejadian mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Nadma, pihaknya melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings