the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKKP siasat jika wujud aktiviti pekerjaan akibatkan insiden tanah runtuh di Batang Kali

PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melakukan siasatan lanjut jika terdapat petunjuk wujud aktiviti pekerjaan yang menyebabkan kemalangan dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian.

Beliau berkata penyiasat JKKP belum dibenar mengakses lokasi kejadian kerana pasukan keselamatan masih memberi tumpuan kepada usaha mencari dan menyelamat.

Bagaimanapun, mengikut maklumat awal, insiden itu adalah di luar bidang kuasa JKKP berdasarkan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) kerana kes tersebut lebih menjurus kepada bencana alam.

“Kementerian Sumber Manusia sentiasa memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes kejadian berbahaya yang berlaku di sektor pelancongan,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Insiden tanah runtuh melibatkan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.

Tragedi yang berlaku awal pagi tadi telah meragut 19 nyawa setakat 4.40 petang manakala 14 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings