the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harga ikan di Terengganu stabil peniaga utamakan kepuasan pelanggan

KUALA TERENGGANU: Sikap bertanggungjawab peniaga ikan di Terengganu jelas terpamer apabila mereka tidak mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menaikkan harga secara mendadak. Sebaliknya, mereka memilih untuk meringankan beban pengguna dengan mengekalkan harga sedia ada.

Abdul Mubin Mohd, 59, seorang peniaga ikan di Pasar Payang 1, mengesahkan tiada kenaikan harga bagi pelbagai jenis ikan seperti selayang, kerisi, kembung, tenggiri, merah, jenahak, dan selar. Menurutnya, harga belian daripada nelayan serta harga jualan di pasar kekal tidak berubah.

“Setakat ini harga ikan macam biasa sahaja, tidak naik atau turun walaupun selepas pelaksanaan SST. Harga beli daripada nelayan masih sama, begitu juga dengan harga jualan di pasar. Tidak timbul soal ambil kesempatan kerana setahu saya ikan tidak termasuk dalam barangan peluasan SST,“ katanya.

Muhammad Syawal Aluwi Ishak, 40, peniaga ikan lain, turut berkongsi pendapat serupa. Beliau menegaskan bahawa peniaga tidak akan menaikkan harga sesuka hati kerana terikat dengan peraturan dan undang-undang kepenggunaan.

“Kita tidak akan menaikkan harga ikan atau hasil laut lain termasuk sotong, udang dan ketam sewenang-wenangnya. Sekarang ini peniaga ikan bukan sahaja ada di pasar malah di kedai-kedai tepi jalan. Saya rasa peluasan SST tiada kesan kepada harga ikan,“ jelasnya.

Bagi Mawarni Mohamad, 51, pengusaha kedai makan di Gong Badak, Kuala Nerus, kestabilan harga ikan dan hasil laut membolehkannya mengekalkan harga jualan makanan tanpa membebankan pelanggan.

“Alhamdulillah, harga ikan masih sama. Kami boleh terus menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, jika harga makanan dinaikkan, pelanggan mungkin akan mengelak, lebih baik untung sedikit yang penting pelanggan berpuas hati dan terus datang lagi,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings