the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan sasarkan 47 juta pelawat asing 2026, garis tiga strategi TMM2026

PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan menerima 43 juta pelawat asing pada tahun ini dan 47 juta lagi pada tahun depan seiring aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) untuk menarik lebih ramai pelawat tinggal lebih lama dan berbelanja lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk TMM2026 berkata bagi tujuan itu, tiga strategi utama digariskan untuk menjayakan TMM2026.

Beliau berkata strategi itu adalah mencipta permintaan melalui penjenamaan dan kempen pemasaran yang lebih agresif serta meningkatkan trafik dengan kerjasama taktikal bersama syarikat penerbangan, agensi pelancongan dan pintu masuk darat atau laut serantau.

Strategi utama lain yang digariskan adalah memfokuskan pasaran sasaran dan segmen berimpak tinggi, termasuk ekopelancongan, pelancongan beli-belah, serta tarikan khusus mengikut pasaran.

“Kempen TMM2026 ini merupakan agenda nasional dengan objektif meningkatkan pendapatan pelancongan, memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dan memastikan sektor pelancongan terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.”

“Pada 2024, Malaysia telah menerima 38 juta pelawat asing, meningkat 31.1% berbanding tahun sebelumnya.”

“Pelancongan domestik pula mencatat 260.1 juta pengunjung, peningkatan 21.7% berbanding 2023, membuktikan pemulihan sektor ini sepenuhnya.”

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Induk TMM2026 itu turut menekankan kepentingan strategi promosi pelancongan bermusim, khususnya untuk menarik pelawat dari rantau Timur Tengah yang mempunyai musim ekstrem.

“Antara inisiatif yang dicadangkan ialah memperhebatkan ‘Malaysia Midnight Sale’ bagi memposisikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah unggul.”

Ahmad Zahid berkata kerjasama erat semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kejayaan TMM 2026.

“Saya mahu setiap kementerian dan agensi bersatu hati, bergerak seiring, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.”

“Dengan komitmen padu, Malaysia akan terus unggul sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia yang kaya budaya, selamat untuk dikunjungi dan mampu menjana kemakmuran bersama.”

Jawatankuasa Kebangsaan Induk VM2026 disokong oleh enam jawatankuasa kerja kecil yang diterajui pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Komunikasi; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pengangkutan; serta Tourism Malaysia.

“Saya yakin perhatian yang serius dapat diberikan di samping mengukuhkan keterlibatan Malaysia di pasaran sedia ada dan mewujudkan pasaran baharu.” – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings