the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggunaan teknologi VAR akan diumum dalam masa terdekat: FAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat, kata presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata perancangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengadaptasi teknologi tersebut sejak akhir tahun lepas kekal menjadi keutamaan badan induk bola sepak tersebut.

“Berkenaan teknologi itu, kita akan umumkan tahun ini. Namun ia bukanlah menyeluruh untuk diguna dan mungkin sebagai contoh bagi Piala FA dan Piala Malaysia namun pada perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir.

“Ia bagaimanapun tidak boleh dilaksanakan bagi saingan liga dengan mengambil kira kos yang tinggi. Apapun, FAM dan MFL akan kekal melaksanakannya,” katanya.

Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas beliau diumum selaku pemenang Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AIS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, malam semalam.

Pada tahun lalu, FAM menyatakan kesediaannya memperkenalkan sistem VAR dalam Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings