the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua bahagian Umno tak tercalon nyatakan komitmen bantu BN: Ahmad Jazlan

KOTA BHARU: Ketua bahagian Umno di Kelantan yang tidak bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) telah menyatakan komitmen untuk membantu calon baharu dan parti Barisan Nasional (BN) dengan bersungguh-sungguh.

Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (gambar) berkata antara calon baharu berkenaan adalah bagi Parlimen Tumpat, Rantau Panjang, Kuala Krai, Kota Bharu, Ketereh dan Pengkalan Chepa.

“Biarpun tidak bertanding mereka akan memberi tumpuan penuh dalam memberi taklimat dan berkempen. Ini antara kelebihan yang ada pada BN,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon BN Kelantan di Pejabat Perhubungan Umno Negeri di sini hari ini.

Ahmad Jazlan berkata kesemua 14 calon kerusi Parlimen yang akan bertanding pada PRU15 dipersetujui oleh pucuk pimpinan di peringkat pusat.

Menurutnya BN Kelantan menetapkan lapan kriteria dalam mencari calon iaitu orang muda, golongan wanita, agamawan, usahawan, kumpulan profesional, tokoh sukan, warga pendidik dan ahli politik.

“Kita yakin rakyat ingin melihat kerajaan yang stabil dan kukuh demi masa depan negara,” katanya sambil menambah BN menyasarkan untuk memenangi lebih daripada lima kerusi Parlimen pada PRU15.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings