the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenayah siber: 12,092 kes babitkan nilai kerugian RM414.8 juta dari Januari hingga Julai 2022 – KPN

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12,092 kes jenayah kewangan penipuan dalam talian dengan nilai kerugian RM414.8 juta dilaporkan sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini.

Beliau yang menyertai pameran secara maya, Jenayah Kewangan: Semak Sebelum Diperdaya anjuran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia berkata dalam tempoh 2019 hingga Julai 2022, sebanyak 33,147 suspek kes penipuan jenayah siber telah ditangkap dengan 22,196 kes berjaya dituduh di mahkamah.

“Kelicikan penjenayah siber mengeksploit perubahan teknologi dan kreatif dalam menjerat mangsa dengan pelbagai modus operandi yang baharu selain kesedaran masyarakat mengenai jenayah itu yang berada pada tahap sederhana, dikenal pasti antara punca peningkatan kes jenayah tersebut,” katanya.

Pameran secara maya menerusi pautan https://museum.bnm.gov.my/ itu bertujuan untuk memberikan panduan dan maklumat untuk mencegah orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian.

Turut sama menyertai pameran secara maya itu ialah Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Acryl Sani mendedahkan jenayah melibatkan penipuan dalam talian yang dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menggariskan tujuh bentuk jenayah utama iaitu belian secara dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan dalam talian, Macau Scam, African Scam, Business Email Compromised dan penipuan SMS.

“Lantaran itu, Polis Diraja Malaysia melihat wujudnya keperluan untuk menyebar luas seberapa banyak ilmu kepada masyarakat agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada aktiviti jenayah tersebut,” katanya.

Acryl Sani berkata tiada statistik di seluruh dunia yang mencatatkan penurunan dalam kes jenayah siber membabitkan penipuan dalam talian dan Malaysia tidak terkecuali apabila trend jenayah itu menunjukkan peningkatan.

“Sebanyak 13,703 kes dengan nilai kerugian RM539 juta dilaporkan pada 2019 dan jumlah itu terus meningkat kepada 17,227 kes pada 2020 dengan nilai kerugian mencecah RM511.2 juta serta 20,701 kes pada 2021 dengan kerugian RM560.8 juta,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings