the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Elon Musk jadi pengarah tunggal Twitter, pecat keseluruhan ahli lembaga pengarah

HOUSTON: Elon Musk memecat kesemua ahli lembaga pengarah Twitter pada Isnin, seminggu selepas memuktamadkan pengambilalihan gergasi media itu membabitkan bayaran sebanyak AS$44 bilion.

Tindakan itu sekali gus menjadikan CEO Tesla dan SpaceX itu sebagai pengarah tunggal Twitter, lapor Anadolu Agency (AA).

“Ini hanya sementara,“ ciap Musk selepas melakukan “pembersihan” terhadap barisan kepimpinan tertinggi syarikat itu.

Antara yang dipecat ialah Ketua Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan bekas pengerusi Bret Taylor.

Musk, orang terkaya di dunia turut menawarkan untuk membeli balik semua bon tertunggak Twitter, menurut dokumen yang difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS.

Pengambilalihan Twitter oleh Musk telah mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara berbanding bahaya dalam talian dengan Musk sendiri sebelum ini mengkritik dasar penyederhanaan Twitter dan menuduh platform itu berat sebelah terhadap pandangan berhaluan kiri.

Musk belum lagi memperincikan rancangannya untuk visi Twitter, namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh .

Beliau juga dipercayai menerima idea meminta pengguna membayar untuk tanda “blue check” yang digunakan bagi mengesahkan akaun terkenal selebriti, ahli politik, pemimpin perniagaan dan wartawan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings