the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan empat lelaki bantu siasatan kes kematian dalam pergaduhan

TAWAU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki berumur 28 tahun dalam satu insiden pergaduhan pada awal pagi Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek berkenaan dikenali sebagai Mohamad Johari Rahman @ Jojo yang beralamat di Tanjung Batu Laut, Muhamad Zulkifli Rahman @ Jul (Tanjung Batu Laut), Mazlee Asan @ Yaszil (Jalan Damai) dan seorang lagi yang belum dikenali.

“Dalam pergaduhan kira-kira 4 pagi itu, mangsa telah ditikam di dada kiri dan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan doktor mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia.

“Ekoran kejadian itu, polis telah menahan empat lelaki tempatan berumur 22 hingga 35 tahun di beberapa lokasi. Empat lagi masih bebas,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata orang ramai, khususnya yang tinggal di Tanjung Batu Laut dan Jalan Damai, yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukan empat lelaki terbabit diminta menghubungi ASP Zam Zarina Asri menerusi talian 016-7375868. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings