the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15 dijangka tidak beri kesan besar kepada rantaian bekalan, pengeluaran: Penganalisis

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka tidak akan memberi kesan besar daripada segi gangguan kepada rantaian bekalan dan pengeluaran, kata seorang penganalisis.

Penganalisis pengurusan krisis, Nordin Abdullah berkata syarikat Malaysia mempunyai kemampuan untuk terus mengeluarkan produk dan mengeksportnya.

“Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa kita mampu menguruskan negara, pada pilihan raya umum sebelum ini, pentadbiran negara berjalan seperti biasa.

“Justeru PRU15 dijangka tidak akan memberi kesan besar kepada rantaian bekalan dan pengeluaran. Dalam pada itu, syarikat tersenarai awam di Malaysia masih boleh mengeluarkan dan mengeksport produk,“ katanya dalam program The Brief terbitan Bernama TV hari ini.

Tarikh PRU15 adalah penting kerana ia akan menentukan berapa lama ketidaktentuan ekonomi akan berlaku dalam pasaran, katanya.

“Realitinya.. kebanyakan ekonomi Malaysia dipacu oleh eksport dan dikaitkan dengan ekonomi global, kebimbangan akan lebih tertumpu kepada faktor luaran pada peringkat ini,” katanya.

Nordin berkata pelabur akan mencari pihak yang paling sesuai untuk mengurus ekonomi Malaysia.

“Apa yang dinyatakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkaitan Bajet 2023…saya berpendapat ia adalah seumpama manifesto bagaimana Barisan Nasional (BN) menguruskan ekonomi dan apa yang akan terhasil pada masa depan.

“Saya berpandangan itu yang kita sedang lihat sebenarnya. Kita perlu melihat apa yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik daripada segi manifesto mereka sebelum memberi sebarang komen,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings