the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

M’sia tambah baik rangka kerja pengurusan risiko fiskal dengan akta tanggungjawab fiskal

KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk menambah baik rangka kerja pengurusan risiko fiskal selari dengan standard antarabangsa dengan memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA).

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2023 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat, komitmen itu antaranya bertujuan untuk memperkukuh kawalan pentadbiran melalui penetapan langkah kawalan sebagai sebahagian daripada kerangka perundangan, di samping menambah baik pelaporan risiko fiskal dan tadbir urus.

“Akta ini akan mengandungi klausa yang menghendaki kerajaan mengenal pasti keputusan dasar dan situasi yang boleh meningkatkan kebarangkalian berlakunya tanggungan liabiliti luar jangka.

“Akta ini juga mengkehendaki kerajaan menerbitkan ‘penyata risiko fiskal’ serta menetapkan had statutori ke atas instrumen liabiliti luar jangka tertentu seperti jaminan kerajaan,“ jelasnya.

Laporan itu menambah, pengenalan FRA dapat menyokong kerajaan untuk mempertingkat pengurusan risiko fiskal, di samping memperkemas penggubalan dasar fiskal selaras dengan standard dan amalan antarabangsa.

Pada Jun 2022, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata MOF merancang untuk membentangkan Rang Undang-undang Tanggungjawab Fiskal di Parlimen menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, laporan itu turut menekankan bahawa terdapat penambahbaikan ketara ke atas pengurusan risiko fiskal negara semenjak beberapa dekad sebelum ini hasil daripada pengalaman berdepan dengan pelbagai episod krisis.

Ketika ini, rangka kerja pengurusan risiko fiskal dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu kerangka perundangan; kawalan pentadbiran; dan jawatankuasa pemantauan.

“Namun begitu, keperluan pengurusan risiko yang komprehensif menjadi semakin penting selaras dengan perubahan dunia.

“Peristiwa luar jangka seperti krisis geopolitik, penularan wabak dan bencana alam boleh mengganggu rantaian bekalan global, seterusnya memberi kesan kepada prestasi fiskal sesebuah negara,“ menurut laporan itu.

Ia juga menjelaskan bahawa langkah mengenal pasti dan menilai risiko sentiasa diambil dalam memastikan pelaksanaan dasar yang bersesuaian bagi mengurangkan impak risiko.

Kerajaan telah mengenal pasti risiko fiskal yang berpotensi memberi kesan ke atas kewangan awam pada masa akan datang.

Risiko itu adalah inflasi dan peningkatan perbelanjaan subsidi; tinjauan pertumbuhan yang perlahan; harga komoditi menyederhana pada 2023; dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang diperketat; peningkatan beban hutang; dan keadaan cuaca yang melampau.

– Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings