the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Najib tidak pernah keluarkan wang tunai meskipun berbilion masuk ke akaun banknya: Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Datuk Seri Najib Abdul Razak (gambar) tidak pernah membuat pengeluaran tunai daripada akaun bank peribadinya meskipun berbilion ringgit telah didepositkan ke akaunnya.

Pengurus AmBank (M) Berhad cawangan Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 43, yang mengesahkannya berdasarkan penyata bank berkata bekas perdana menteri itu juga tidak mengeluarkan sebarang cek atas namanya.

Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib melibatkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, Uma Devi memberitahu mahkamah bahawa Najib telah mengeluarkan cek berjumlah RM2,494,000 kepada pelbagai pihak iaitu Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM494,900), Yayasan Rahah (RM1 juta), ORB Solutions Sdn Bhd (RM450,000), Mashi Publication Sdn Bhd (RM30,000) dan Transformasi Kreatif (RM520,000).

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings